GARIS PANDUAN PERMOHONAN
- Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
- Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
- Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 1 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.
MAKLUMAT PENDAFTARAN
Sila Isi Borang Soal Selidik RSKU
Sila masukkan maklumat anda.
KALKULATOR
Sila masukkan maklumat pendapatan dan perbelanjaan anda untuk mengira tahap kelayakan anda.
Pemohon boleh menyemak jadual bayaran pinjaman perumahan atau ansuran bulanan pinjaman perumahan sebagai asas panduan pemohon. Pemohon boleh klik di sini
KELAYAKAN
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RUMAH SELANGORKU. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, hanya tandakan kotak yang berkaitan: