Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

1.

Menggunakan aplikasi browser Chrome, Firefox atau Safari, anda boleh melayari portal Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor di http://ehartanah.lphs.gov.my


1.

Untuk mendaftar sebagai pengguna baru, klik pada menu DAFTAR/LOG MASUK pada menu utama di bahagian atas kanan paparan portal dan kemudiannya pilih dan klik menu DAFTAR PENGGUNA BARU


3.

Anda akan dipaparkan notifikasi yang menyatakan bahawa Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk proses pendaftaran dan tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk mana-mana permohonan. Sila baca dengan teliti dan fahami semua maklumat yang diberikan.


4.

Anda akan dipaparkan halaman pra-pendaftaran. Sila baca dan fahami semua syarat yang ditetapkan


5.

Sila masukkan maklumat asas peribadi anda dengan lengkap. Pastikan nombor kad pengenalan baru anda adalah betul. Kesilapan memasukkan nombor kad pengenalan baru anda mungkin akan menjejaskan proses permohonan anda. Nombor kad pengenalan baru anda juga akan digunakan sebagai kata nama untuk anda log masuk ke dalam sistem. Tentukan juga emel dan nombor telefon anda dengan tepat kerana ianya akan digunakan oleh LPHS untuk sebarang urusan perhubungan.


6.

Laksanakan pengiraan kalkulator pengiraan pinjaman untuk membolehkan anda dan LPHS mengetahui status kelayakan anda berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda.


7.

Tetapkan semua pilihan syarat yang diberikan. Sila tentukan anda layak berdasarkan semua syarat yang diberikan untuk membolehkan anda meneruskan ke proses pendaftaran seterusnya. Kemudian, klik pada butang SAYA LAYAK


8.

Tetapkan pilihan pendapatan isi rumah anda sama ada RM3,000.00 dan kebawah atau RM3,001.00 dan keatas, dan masukkan kata laluan pilihan anda. Sila ingat kata laluan ini yang anda perlu gunakan sewaktu log masuk ke dalam sistem nanti. Selepas itu, tekan butang DAFTAR dan sekiranya anda telah laksanakan semua proses dengan betul, anda telah berjaya mendaftar sebagai pengguna baru dan anda boleh log masuk dan menggunakan sistem ini.


1.

Untuk log masuk, klik pada menu DAFTAR/LOG MASUK pada menu utama di bahagian atas kanan paparan portal dan kemudiannya pilih dan klik menu LOG MASUK PENGGUNA.


2.

Anda akan dipaparkan halaman log masuk. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda sebagai kata nama dan masukkan kata laluan yang anda telah gunakan sewaktu pendaftaran. Jika anda lupa kata laluan anda, sila tekan sambungan Lupa Kata Laluan dan masukkan nombor kad pegenalan yang anda telah gunakan dan kata laluan anda akan dihantar ke emel yang anda telah daftarkan terdahulu.


3.

Apabila anda berjaya log masuk ke dalam sistem, anda akan dipaparkan halaman dalaman pengguna di mana anda boleh melaksanakan permohonan dan membuat semakan status.