Selamat Datang.
Sila Tunggu Sebentar.
Memuat Laman Sesawang..

1.

Menggunakan aplikasi browser Chrome, Firefox atau Safari, anda boleh melayari, daftar dan log masuk ke portal Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah Negeri Selangor di http://ehartanah.lphs.gov.my


1.

Apabila anda telah berjaya log masuk, anda akan dipaparkan halaman pengguna. Di sini anda boleh melaksanakan pelbagai fungsi pengguna termasuk melihat dan mengemaskini profil dan kata laluan anda dan sebagainya. Gunakan butang modul menu untuk navigasi ke paparan modul tersebut


3.

Pada modul dashboard, anda akan dipaparkan status permohonan anda untuk jenis-jenis hartanah yang ditawarkan. Jika anda telah memohon, anda akan dipaparkan status permohonan anda untuk setiap jenis hartanah. Jika belum, anda boleh menekan butang MOHON untuk memohon hartanah berkenaan..



1.

Apabila anda menekan butang MOHON pada halaman pengguna, anda akan dipaparkan halaman borang permohonan. Di sini, anda boleh mengisi borang permohonan dan melaksanakan semua proses yang membolehkan anda memohon hartanah terbabit.


2.

Langkah pertama adalah, anda harus memilih jenis hartanah dan memilih projek hartanah yang berdaftar. Anda boleh menggunakan pilihan daerah dan mukim untuk menyenaraikan projek hartanah berkaitan


3.

langkah seterusnya, anda perlu memasukkan maklumat peribadi anda. Maklumat asas seperti nama dan kad pengenalan akan dimasukkan secara automatik. Namun, anda mesti memasukkan maklumat lain yang wajib. Jika anda telah berkahwin, anda juga dikehendaki untuk memasukkan maklumat pasangan di lampiran kedua borang tersebut.


4.

Masukkan maklumat perhubungan seperti alamat dan nombor telefon serta emel anda.


5.

Seterusnya, masukkan maklumat tambahan yang diperlukan seperti maklumat pekerjaan dan yang penting adalah maklumat pendapatan anda yang seharusnya tepat, terkini dan betul.


6.

Langkah seterusnya adalah memuat naik salinan kad pengenalan dan slip gaji anda dan pasangan, jika anda telah berkahwin. Sila tentukan salinan tersebut dapat dibaca dengan jelas dan dalam format yang berut samada dalam format imej atau pdf.


7.

Akhir sekali adalah proses pengakuan. Sila baca terma dan syarat pengakuan dengan teliti dan klik pada butang hantar untuk menghantar permohonan anda..