1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

3. Bolehkah saya mendapatkan Manual proses pendaftaran Rumah sebagai rujukan?

Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual

4. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

5. Berapakah harga rumah ?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit termasuk 6% cukai GST bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.

6. Berapakah keluasan rumah ?

Keluasan rumah adalah diantara 700 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.

7. Dimanakah lokasi rumah yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my

Peringatan ; Sila pastikan lokasi yang dipilih adalah mengikut mukim yang betul dalam sistem pendaftaran.

8. Kenapa permohonan saya dalam Sistem Pendaftaran Rumah dikategorikan sebagai ‘DRAF’?

Pemohon yang masih belum melengkapkan sepenuhnya permohonan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku akan diletakkan dalam kategori ‘Draf’. Pemohon perlu menyemak semula permohonan dengan melengkapkan maklumat yang wajib diisi dan dokumen dimuat turun yang diperlukan. Sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, maka pendaftaran ini akan terpadam dan permohonan baru perlu dilengkapkan semula.

9. Berapa lamakah permohonan saya untuk ditawarkan Rumah dan status masih dalam ‘SENARAI MENUNGGU’?

Pemohon dalam status ‘SENARAI MENUNGGU’ bermaksud pemohon dalam proses untuk ditawarkan rumah namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran maka pendaftaran permohonan baru perlu dibuat semula. Walaubagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi (mukim) permohonan sekiranya merasakan permohonan tersebut telah lama atau tidak berminat lagi.

10. Apakah yang patut saya lakukan apabila saya ‘LAYAK DITAWARKAN’ Rumah ?

Pemohon yang layak ditawarkan Rumah Selangorku, pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon dengan menghendaki pemohon mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Semua ‘Dokumen Sokongan’ pemohon yang telah lengkap akan dikemukakan oleh pemaju kepada pihak LPHS bagi tujuan semakan dan pengesahan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh LPHS. Pemohon boleh mendapatkan surat tawaran tersebut kepada pemaju berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

11. Bolehkah saya mendaftarkan permohonan saya sedangkan projek Rumah belum dilancarkan untuk jualan?

Pemohon boleh berdaftar bila-bila masa dan lokasi mengikut mukim yang dikehendaki walaupun permohonan pendaftaran dalam sistem LPHS bagi Rumah Selangorku belum dibuka. Penawaran nama pemohon akan dibuat setelah pemaju memenuhi syarat permohonan untuk didaftarkan projek mereka dalam sistem pendaftaran Rumah Selangorku.

12. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan katalaluan (password) disebabkan terlupa katalaluan?

Pemohon boleh mendapatkan katalaluan sementara dengan menghantar email ke alamat berikut;

Email ; azeerah@lphs.gov.my

Pemohon perlu menggantikkan kataluan sementara tersebut kepada kataluan baru oleh pemohon sendiri.

Pemohon juga boleh menghubungi terus ke nombor talian ; 03-5510 2177 atau 03-5510 2122 ext 118 / 119 bagi mendapatkan katalaluan sementara.

13. Bagaimanakah cara untuk mengemaskini maklumat terkini saya setelah berjaya didaftarkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah ?

Pemohon boleh mengemaskini sendiri dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku melibatkan perkara berikut ;

Jika melibatkan perubahan dari segi taraf perkahwinan, status pekerjaan, jumlah tanggungan dan pendapatan pemohon maka pemohon perlu mengisi borang yang disediakan di kaunter LPHS untuk pengemaskinian maklumat pemohon.

14. Apakah permohonan saya akan dipertimbangkan sekiranya saya telah memiliki/pembelian kediaman rumah di luar Selangor?

Pemohon (suami/isteri) yang telah dikategorikan sebagai ‘LAYAK DITAWARKAN’ sahaja adalah wajib mengemukakan Salinan Perjanjian Jual-Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu sebagai bukti pemilikan kediaman tersebut di luar Selangor. Bagi status permohonan dalam ‘SENARAI MENUNGGU’ tidak perlu dikemukakan dalam proses permohonan pendaftaran ini lagi.

15. Adakah permohonan saya disenaraihitam sekiranya saya menolak tawaran Rumah yang ditawarkan?

Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku selama tempoh 2 tahun

16. Bagaimanakah proses pemilihan Rumah diadakan?

Proses pemilihan Rumah adalah berdasarkan sistem merit. Tiada sebarang rayuan bagi tawaran pemilihan Rumah yang akan diterima oleh LPHS kerana keputusan pemilihan ini adalah muktamad.