SKIM RUMAHKU OLEH AKPK

Modul Pendidikan Kewangan Pinjaman Atas Talian RUMAHKU ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpotensi bagi skim pinjaman perumahan khas yang dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Pembelajaran atas talian ini memberi panduan, informasi dan pengetahuan kepada bakal peminjam rumah pertama sebelum mereka membuat pinjaman perumahan. Terdapat beberapa modul didalam pembelajaran ini yang merangkumi kalkulator pengiraan bulanan pinjaman rumah yang dirancang untuk dibeli, kalkulator bajet untuk mengetahui kedudukan kewangan individu, faktor kewangan dan bukan kewangan yang perlu dipertimbangkan, jenis insurans yang terlibat serta khidmat nasihat ringkas dari AKPK. Segala informasi yang diberikan oleh pengguna tidak akan direkod atau disimpan dimana-mana.

KLIK DISINI BAGI MENGETAHUI LEBIH INFO BERKENAAN PINJAMAN PERUMAHAN